Thursday, July 23, 2009

Adakah itu takdir yang sial

Seorang lelaki berjalan bertemankan tongkat terus bersahaja mengetuk lantai yang tidak pasti rentak alunannya rata.Kelam matanya ibarat kelamlah dunianya yang tiada dapat ia melihat rona-roni budaya hidup mereka yang sempurna.Tongkat itu haknya yang menjana kelajuan dan membelas kasihan,seamatnya dia tahu ianya juga deria yang menyara pancaindera menyempurnakan keadaan. Dia orang buta yang bertongkat yang ingin melintas dan memintas,seperti kita yang lengkap amat serlah dia buta. Bolehkah kita tanpa peglihatan?

Matanya seperti merenung junam ke dalam telaga melihat timba (gayong) yang talinya jatuh ke dalam, makin makan masa dia melihat makin tiada yang dpt diperhati. Lama dia merenung. Sememangnya dia memikirkan maksud wujud dia di dunia pada atas dasar apa telah terjadinya dia,sudut pandangan berubah meningkat tinggi dia ubah pandangan ke langit, cuba mendekat panorama indah itu,dia gagal tapi langit itu indah terlukis membentang kebiruan manjadikannya bangga masih merasai kewujudannya.

Ianya ibarat puisi hebat gambaran-gambaran menggunung berkabus seolah di pucuk ganang,sedingin-dingin ujung pangkal bumi,merentasi luas permukaan rentas yang seganda kuasa tiga perluasan empayar rom.Fikiran buntunya menjadikan dia lemah melangkah,demi selangkah dia mengatur penuh berat serta longlai,tongkatnya terhoyong semacam orang kurang waras mabuk todi,ke kanan dan kiri.Dia kurang upaya melihat dan dia bertongkat dialah org buta yang pasti melangkah.

Entah dari mana suara lunak menerpa masuk tembus terus ke gegendang kemudian mengecas otak mengatakan kepadanya “mintak maaf lelaki buta,kamu perlu saya pimpin”,berpinau kapalanya menjadinya pening lalat berminit lamanya,dalam hati mengata “aku tiada ingin melintas”,keturunan hawa itu memegang lembut jari jemari kasarnya bersahaja.Dia senyum sambil mengetuk tanah berjumlah dua belas menunjuk isyarat hatinya redup diteduhi dahan Pukul Lima(pokok rendang),tiada mahu memutuskan senyumnya itu setelahmana disapa hawa yang ingin memberi tangan berterus terang berkata “cukup lah,biar saya pandu”, digigit empat jari memberi ertinya terkejut dan kemudian seraya berkata “tolonglah saya ini”.

Ibarat pipit sejoli bertemankan arah membawanya melintas penuh ghairah melangkah pergi sungguhpun buta. Terkesan telinganya hawa berkata “sampai di sini,harap dapat semula bertemu”hambar suasana alam seakan mendung yang datang menggalas petaka dan bencana. “Inikah nikmat seketika”,berbisik hatinya pasrah. Jawapnya penuh terharu ke hawa itu “terima kasih”. Mereka bertentangan haluan melepas langkah, tapi derap langkahnya ini berbeza langkah semalam dan petang tadi,langkah ini jauh ke hadapan bagai ada habuan menanti di dalam pelastik.

Seketika dalam keriangannya terasa tapak terakhir kakinya berasa ringan dan kosong, di detik itu terkilas kembali kenangannya pada tongkat,dia terlupa.

Tetapi apa guna kerana telah dia terjatuh ke dalam parit empat kaki tinggi bersama tongkat.

Didengar suara tua membebel “Gunalah tongkat, kamu adalah yang tiada penglihatan”

Saturday, July 18, 2009

Mereka tanpa hirau

Malam yang dingin,siang yang terik,melihat bayang-bayang jatuh naik maka disebut-sebut kisah singa2 lapar di dalam penjara diceritakan secara berjela-jela tersebut oleh kepada moyang2 kacip pinang lipat sireh adanya kisah yang diceritakan ada dikhuatirkan punya berbau perkosaan paksa terserahlah kepada yang lebih mendahului,’ini gimik’?
‘Ada sapa mau melawak dgn saya?minta maaf saya tak mau..’ni buka cerita lawak2,betoi2 punya,kalo nak melwak p sain kontrak dgn prof a.razak mohidin (pelopor acara geletek sendiri gelak),mintak maaf..beliau seorang usahawan berjaya,’woi apa ni?’’tad kata ada cerita singa lapaq,mana p?’Cerita ini dikisahkan adapun singa2 itu sepisis brdarah panas,sedikit campur,banyak tolak,akan tetapi mereka kelihat sebagai seekor singa yang di dalamnya ada sifat mencengkam,yang kategorikan mencengkam punya ada ke tahap2 dan peringkat hingga ke takat meluap,di mana acara takat meluap dapat disaksikan bilamana dari tubuh mereka dicabut suatu terpenting yakni “Dinding” menjadikan suhu badan naik mendadak ke takat didih menajadikan air bertukar stim,beserta tekanan di dalam itu mendesak rakus nya menyoroboh cerobong untuk membuatkan singa itu ckup sekadar berkata ‘Aku lapar’, singa lain tengok sesame sendiri jauh merenung ke dalam matahati mereka juga menyebut lapar,jelas sama keputusan akhir,terkikik-kikik gelak halus singa2 itu,mereka pun berdialog untuk mencari perkataan sepakat agar ada penyelesaian seketul yang tak boleh digugat-gentar,termanggu sebentar singa2 itu memerah,

Dengan tidak sampai 1 minit terkeluar suara singa,tiada memberitahu jenis sepisis,spesifikasi atau umur..’hang nak bagitau apa?’hanya menyatakan lokasi,lain2 singa terdiam kerana di dalam otak mereka termasuk asap2 candu siam menyebabkan singa2 agak sedikit pelahan memberi respon,’oii! singa tadi cakap kat mana?Taman Melawati,terbeliak bijik mata singa2 itu tatkala mendapat respon pantas menyatakan tempat,’’Situ banyak artis,hang ada bapa ringgit?’’Aku ada 5ringgit,jum,ckup,kalo nak pi’,Singa yang malas bergerak rangkak mencakar-cakar poket mencari wang hendak memesan,

Bergeraklah mereka singa2 itu mencari makanan di Taman Melawati berdekatan kota metropolis di tanah melayuchinaindiabanglavietnamsiam’Mintak maaf,saya terlampau-lampau mengampu slogan 1malaysia’Berbual singa2 itu bertukar pendapat,bertukar kemahiran,bertukar angan,beserta itu ada singa melontar batu loncatan pada permukaan tasek lantunan empat kali,tu kira hebat,’apa dia’?Roti john cheese,serasi bergerak dengan kelajuan mendatar kurang 15 minit 1 jam,tiba mereka di tempat artis penuh sesak,ada singa berkata’kita ni singa ka?(dalam loghat Perelih)’memang kita singa,jawab singa yang mendengar,seekor lain asyik memandang ayam perchik,yang lain pula,nasi kerabu,yang memesan pula memandangkan tidak bertandang,tiadalah dapat melihat juadah2 seksi montok yang memiliki daya estetik secukup perasa itu,menitik-nitik air peluh dan liur singa2 teruja,’Jum kita p bli roti john’ajak singa yang meluat dengan keadaan rakan singa2 lain,’Roti john cheese sorang satu,tambah pesan sorang’

Telah sampai ke habitat singa2 pun meratah habis roti john yang ngiur itu tanpa berkumur terlebih kemudian,proses penghadaman selama 15minit ckup membuat singa2 ternganga menghembus asap candu danhil menambah pelengkap rasa dan mengicit-ngicit mulut singa2 mengeluarkan sisa2 di celah gigi,
Di sebalik singa2 yang cerdik terkelih singa yang sikit akal menyoal “Bukak posa satgi kita nak makan apa?

Selamat Posa Penuh