Seorang lelaki berjalan bertemankan tongkat terus bersahaja mengetuk lantai yang tidak pasti rentak alunannya rata.Kelam matanya ibarat kelamlah dunianya yang tiada dapat ia melihat rona-roni budaya hidup mereka yang sempurna.Tongkat itu haknya yang menjana kelajuan dan membelas kasihan,seamatnya dia tahu ianya juga deria yang menyara pancaindera menyempurnakan keadaan. Dia orang buta yang bertongkat yang ingin melintas dan memintas,seperti kita yang lengkap amat serlah dia buta. Bolehkah kita tanpa peglihatan?
Matanya seperti merenung junam ke dalam telaga melihat timba (gayong) yang talinya jatuh ke dalam, makin makan masa dia melihat makin tiada yang dpt diperhati. Lama dia merenung. Sememangnya dia memikirkan maksud wujud dia di dunia pada atas dasar apa telah terjadinya dia,sudut pandangan berubah meningkat tinggi dia ubah pandangan ke langit, cuba mendekat panorama indah itu,dia gagal tapi langit itu indah terlukis membentang kebiruan manjadikannya bangga masih merasai kewujudannya.
Ianya ibarat puisi hebat gambaran-gambaran menggunung berkabus seolah di pucuk ganang,sedingin-dingin ujung pangkal bumi,merentasi luas permukaan rentas yang seganda kuasa tiga perluasan empayar rom.Fikiran buntunya menjadikan dia lemah melangkah,demi selangkah dia mengatur penuh berat serta longlai,tongkatnya terhoyong semacam orang kurang waras mabuk todi,ke kanan dan kiri.Dia kurang upaya melihat dan dia bertongkat dialah org buta yang pasti melangkah.
Entah dari mana suara lunak menerpa masuk tembus terus ke gegendang kemudian mengecas otak mengatakan kepadanya “mintak maaf lelaki buta,kamu perlu saya pimpin”,berpinau kapalanya menjadinya pening lalat berminit lamanya,dalam hati mengata “aku tiada ingin melintas”,keturunan hawa itu memegang lembut jari jemari kasarnya bersahaja.Dia senyum sambil mengetuk tanah berjumlah dua belas menunjuk isyarat hatinya redup diteduhi dahan Pukul Lima(pokok rendang),tiada mahu memutuskan senyumnya itu setelahmana disapa hawa yang ingin memberi tangan berterus terang berkata “cukup lah,biar saya pandu”, digigit empat jari memberi ertinya terkejut dan kemudian seraya berkata “tolonglah saya ini”.
Ibarat pipit sejoli bertemankan arah membawanya melintas penuh ghairah melangkah pergi sungguhpun buta. Terkesan telinganya hawa berkata “sampai di sini,harap dapat semula bertemu”hambar suasana alam seakan mendung yang datang menggalas petaka dan bencana. “Inikah nikmat seketika”,berbisik hatinya pasrah. Jawapnya penuh terharu ke hawa itu “terima kasih”. Mereka bertentangan haluan melepas langkah, tapi derap langkahnya ini berbeza langkah semalam dan petang tadi,langkah ini jauh ke hadapan bagai ada habuan menanti di dalam pelastik.
Seketika dalam keriangannya terasa tapak terakhir kakinya berasa ringan dan kosong, di detik itu terkilas kembali kenangannya pada tongkat,dia terlupa.
Tetapi apa guna kerana telah dia terjatuh ke dalam parit empat kaki tinggi bersama tongkat.
Didengar suara tua membebel “Gunalah tongkat, kamu adalah yang tiada penglihatan”
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment